Monday, November 17, 2008

Betul Ke Ada Duit Percuma?

Perniagaan Internet dan program buat duit di internet adalah perkara berlainan. Kedua-duanya adalah cara yang sah untuk mendapatkan wang dari internet. Namun konsepnya adalah berlainan.

Program buat duit di Internet adalah seperti Google Adsense, Text Links Ads dan sebagainya adalah program yang diuruskan oleh syarikat tertentu. Kita hanya menyertai program mereka dan merekaakan membayar apa yang patut kita dapat seperti link yang terjual dan sebagainya.

Program affiliate atau online agen merupakan salah satu dari program buat duit dari internet. Kita bergantung kepada syarikat pengendali bagi mendapatkan wang dan ianya adalah atas usaha kita sendiri. Mereka tidak akan membayar dengan tanpa sebab atau kita melabur dengan mereka. Mereka adalah real business yang menyediakan perkhidmatan di seluruh dunia atau bergantung kepada target market mereka.

Saya harap anda dapat membezakan antara perniagaan internet dan program buat duit di internet. Perniagaan anda menguruskannya sendiridan anda mendapat 100% dari keuntungan. Daripada program anda hanya mendapat beberapa peratus daripada keuntungan program berkenaan.

Jika anda ingin tahu bagaimana untuk buat duit dengan Program Google Adsense. Anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense Di sini .

No comments: